Rabu, 11 November 2009

Visi,Misi,Piagam Pelanggan & Objektif

VISI PSS SAMBBST
Membentuk budaya ilmu ke arah kecemerlangan warga sekolah

MISI PSS SAMBBST
*Menjadikan PSS sebagai agen penyebaran ilmu dan maklumat
*Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan mesra pelanggan.
*Menggalak dan mengamalkan penggunaan teknologi dan sumber maklumat secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
*Memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan.


PIAGAM PELANGGAN PSS
1.Memastikan semua pelanggan mendapat layanan memuaskan.
2.Mengintegrasikan penggunaan PSS dalam kurikulum.
3.Membantu murid-murid ke arah kecemerlangan akademik dan intelek.
4.Membentuk generasi yang gemar membaca dan menimba ilmu pengetahuan.
5.Menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemahiran maklumat kepada para pelajar dan guru


OBJEKTIF PSS
*
Membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
*Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan berbagai kaedah dan media,kemudahan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran supaya tidak terikat atau bergantung hanya kepada buku teks dan kapur sahaja.
*Menggalakkan pertumbuhan tabiat ingin tahu(inkuiri)supaya dapat menjalankan aktiviti belajar sendiri dengan menggunakan pelbagai media sesuai dengan minatnya.
*Dapat menyediakan dan membantu guru dan murid dalam usaha menghasilkan,mengguna dan menilai berbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
*Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang munasabah untuk memberi peluang dan memenuhi keperluan-keperluan setiap individu,murid dan guru yang berbeza-beza

Tiada ulasan:

Catat Ulasan