Rabu, 11 November 2009

pusat sumber kita....

ini koleksi majalah di pusat sumber....sapa2 je boleh baca..asalkan dia warga sambbst...tapiiiiiiiiii.. jgan sepah...ingat anda diperhatikan....


inilah suasana pusat sumber sambbst...khas bagi warga yang belum berkesempatan mengunjungi premis ini dalam 1-2 bulan akhir ini...wajah baru...tapi buku banyak tu gak le...sori ana tak de masa lah nak fokus lebih kat buku2...inilah persediaan sementara sebelum menanti ubahsuai untuk 2010....nantikan...

Visi,Misi,Piagam Pelanggan & Objektif

VISI PSS SAMBBST
Membentuk budaya ilmu ke arah kecemerlangan warga sekolah

MISI PSS SAMBBST
*Menjadikan PSS sebagai agen penyebaran ilmu dan maklumat
*Menyediakan prasarana yang kondusif dan perkhidmatan mesra pelanggan.
*Menggalak dan mengamalkan penggunaan teknologi dan sumber maklumat secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
*Memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan.


PIAGAM PELANGGAN PSS
1.Memastikan semua pelanggan mendapat layanan memuaskan.
2.Mengintegrasikan penggunaan PSS dalam kurikulum.
3.Membantu murid-murid ke arah kecemerlangan akademik dan intelek.
4.Membentuk generasi yang gemar membaca dan menimba ilmu pengetahuan.
5.Menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemahiran maklumat kepada para pelajar dan guru


OBJEKTIF PSS
*
Membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
*Menggalakkan guru dan pelajar menggunakan berbagai kaedah dan media,kemudahan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran supaya tidak terikat atau bergantung hanya kepada buku teks dan kapur sahaja.
*Menggalakkan pertumbuhan tabiat ingin tahu(inkuiri)supaya dapat menjalankan aktiviti belajar sendiri dengan menggunakan pelbagai media sesuai dengan minatnya.
*Dapat menyediakan dan membantu guru dan murid dalam usaha menghasilkan,mengguna dan menilai berbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
*Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang munasabah untuk memberi peluang dan memenuhi keperluan-keperluan setiap individu,murid dan guru yang berbeza-beza

Selasa, 10 November 2009

Pengenalan PSS SAMBBST


PSS SAM Bandar Baru Salak Tinggi telah mula beroperasi pada , Januari 2005 di aras bawah blok pentadbiran.Pada peringkat awal seramai 500 orang pelajar yang mendaftar kemudian jumlah ini terus bertambah kepada 700 orang pelajar selepas kemasukan pelajar tingkatan satu pada pertengahan Januari 2005
Jumlah guru pada peringkat awal seramai 26 dan jumlah ini bertambah kepada 39 orang,seorang kaunselor dan dua orang staf sokongan pada akhir tahun 2005.
Pelanggan PSS meningkat seiring dengan peningkatan jumlah pelajar,guru,dan kakitangannya.Kini(2009)jumlah pelajar telah menjangkau 800 lebih,manakala guru telah meningkat kepada 53 orang dan staf sokongan 9 orang.Pengurusan dan pentadbiran sekolah diketuai oleh En.Mohd Latif Bin Sadli.beliau dibantu oleh Pn Maisharah Bt Mat Alim,En.Mahadi B Bassin selaku Penolong Kanan HEM dan En.Zamri B Tujan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.Manakala pusat sumber diterajui oleh Pn.Misslizah Bt Ahmad Mokhtar sebagai Guru Perpustakaan dan Media dengan dibantu oleh Pn Noor Huda Bt Settu sebagai Guru Perpustakaan,Pn Che Maizan Bt Che Hassan sebagai Guru Nilam,Pn Nurunnuha Bt Md Hatta sebagai Guru BBM,dan Cik Siti Suhaila Bt Abdullah sebagai Guru APD.
Program NILAM telah bermula ke tahap Jauhari dan Rakan Pembaca.Bermula tahun 2009,PSS SAMBBST akan memulakan sistem automasi.

Sabtu, 31 Oktober 2009

TARIKH AKHIR PULANG BUKU

kepada semua ahli pssambbst yang ada meminjam buku dari ps....sila pulangkan sebelum 6 november 2009...jika tidak tindakan akan diambil...harap maklum...minta dihebahkan maklumat penting ini...

BAZAR BACA 2009


diadakan pada 11 hingga 12 julai 2009...meriah..tahun depan kita buat lagi bazar macam ni...

JAMUAN...

Jamuan Akhir Tahun Pengawas Media dan Majlis Anugerah Pegawas Media Form 5 dan Pengawas Media Cemerlang serta pemberian sijil kepada semua pengawas media yang telah menjalankan tugas sepanjang tahun 2009...

walaupun terdapat pengawas yang langsung tidak bertugas...itu antara dirinya dan Allah...kami pihak guru tetap memberikan sijil tanda penghargaan atas tugasan yang telah dilaksanakan...

semoga tahun hadapan menjanjikan perubahan yang lebih baik terhadap amanah yang dipertanggungjawabkan ini...

Jumaat, 30 Oktober 2009

ahlan wa sahlan...

salamullahi alaikum warahmatuhu wa barakatuh...

ini blog pusat sumber..bagi ahli pss (warga Sambbst) yang berminat nak bagi komen, cadangan atau apa sahaja...boleh la hubungi mana-mana pengawas atau guru-guru pss..

segala usaha kita untuk memajukan pss khasnya sekolah dirahmati Allah dan mendapat naungan serta lindunganNya...Amin...ya robbal alamin...